Friday, 9 October 2015

Kerja sebagai Ibadah dan Amanah


Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.Kerja bermaksud 
 “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. .

TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.

AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA
Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud; 
“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud; 
“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).

KERJA DI KATEGORI SEBAGAI IBADAH
 1. Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “ Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat”.

2.   Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullah saw bersabda bermaksud; “ Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja” Sambungan

3.   Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “ Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui”.

4.   Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.

CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH
1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan taqwa.
3. Tidak meninggalkan yang wajib.
4. Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.

KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....
Pekerjaan itu adalah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang disertakan dengan niat akan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh dan  berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

APABILA PERKARA DI ATAS DILAKSANAKAN
  1)  a. Mendapat balasan dalam bentuk material.
  b. Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan.
  c. Mendapat pahala di akhirat kelak.
2.  akan menjadi seorang yang proaktif, berdisiplin dan boleh dipercayai.
3.  akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang      tidak bermoral.
4.  akan menjadi pekerja yang berprestasi tinggi.

TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH
1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. Amanah Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, Antara amalan amanah ialah;

- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng   dan cuai
- Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.

- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
- Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

No comments:

Post a Comment