Setiap perbuatan yang dilakukan oleh
seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang
dikehendaki oleh syarak.Kerja bermaksud
“Kesungguhan yang dilaksanakan oleh
manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan
ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan
menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas
atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. .
TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.
AYAT AL-QURAN MENGENAI
TUNTUTAN BEKERJA
Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;
“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu
(akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud;
“Kemudian setelah selesai solat, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan
carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam
setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).
KERJA DI KATEGORI SEBAGAI
IBADAH
1. Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda
Rasulullah yang bermaksud; “ Jika
seseorang di antara kamu pada
tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya
dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya
dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan yang
di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang
terdekat”.
2. Bekerja untuk
keperluan keluarga. Rasulullah saw bersabda bermaksud; “ Sesungguhnya Allah
sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja” Sambungan
3. Bekerja untuk
keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua
bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagaimana Firman
Allah yang bermaksud “ Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak
mengetahui”.
4. Bekerja untuk
memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang
rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat
Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.
CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP
IBADAH
1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan taqwa.
3. Tidak meninggalkan yang wajib.
4. Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.
KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....
Pekerjaan itu adalah perbuatan yang
harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang disertakan dengan
niat akan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan
bersungguh-sungguh dan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil
dan bertanggungjawab akan menghasilkan kerja yang berkualiti.
APABILA PERKARA DI ATAS
DILAKSANAKAN
1) a. Mendapat balasan dalam
bentuk material.
b. Mendapat balasan dalam bentuk
kepuasan.
c. Mendapat pahala di akhirat kelak.
2. akan menjadi seorang yang proaktif,
berdisiplin dan boleh dipercayai.
3. akan selalu berwaspada untuk mengelakkan
diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang tidak
bermoral.
4. akan menjadi pekerja yang berprestasi
tinggi.
TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH
1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia
akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas
juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan
kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.
2. Amanah Orang yang
amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi
tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat,
kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.
Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai
Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, Antara amalan amanah ialah;
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa
menyeleweng dan cuai
- Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa.
- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja
dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan
peribadi.
- Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab
melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.