Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi
orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi
dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan
Fatanah (Bijak).
Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa
saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya,
sebagai umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan
dilakukannya.
Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan, pekerja yang
bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas akad (perjanjian)
menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak
terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang
ditawarkan sebelum ini.
Jika niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan
melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat
selain daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati
hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati
amanah yang diberikan.
Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah
berfirman yang membawa maksud;
“Wahai orang-orang
beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah
kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”
Amanah tidak sekali-kali boleh dikhianati, kalau dikhianati juga
akan membawa kesalahan yang sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang
tidak amanah misalnya akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib
yang betul. Setiap perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima
balasan daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka
panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka ketengan
hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri, tidur tidak lena
dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Cabaran hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh
cabaran kini. kekuatan iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan
sebagainya jika beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang
mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan
diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya
dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan
desakan ketua jabatan.
Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja
yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin,
menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan penyelesaian
yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah
jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu
jabatan serta sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan
organisasi, akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan pengurusan
pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap pekerjanya dengan
sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja
pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan
malahan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya
bersama-sama jabatan kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.
“Ya
Allah yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja
kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap
pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada
golongan sasar kami”. Amin.
Nukilan OnDaStreet: Kita perlu akui yang untuk amanah
bukanlah sesuatu yang berat, tetapi dalam masa yang sama bukan sesuatu yang
mudah untuk dijaga. Semudah-mudah untuk tidak menerima rasuah adalah satu tanda
mudahnya menjadi amanah… tetapi semudah-mudah “mengular” ketika waktu kerja
juga menjadikan kita tidak amanah.
No comments:
Post a Comment